Monday 24 August 2015

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit

Assalamualaikum..




Hakak da draft lama da pasal nak share kebaikkan Vitamin C ni, tapi terperam lama pulak, hahhaaa... tak tak tahu apa yang bz sangat kan...

Yang ada masalah kulit kering ke,kulit muka tak sekata, yang smoking ke elok sangat la korang hamek Vitamin C ni.. yang da masuk 3 series tu memang wajib amik untuk elak JERAGAT!!!

1.Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.
Vitamin C mengurangkan kesan sun burndisebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulituntuk jangka masa panjang.


2. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline danhydroxylysine, 2 elemen untuk mengikatmolekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagenmelembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

3. Penyembuhan Luka
Badan menggunakan Vitamin C untukmenggantikan tisu yang rosak sekaligusmenyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

4. Melindungi dari perubahan warna kulit
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utamapenghasilan melanoma(masalah kulit).
Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

5. Memperbaiki tekstur kulit.
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin Cmemperbaiki rupa dan tekstur kulit.
Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.







AINAA RAUSI
Whatsapp 012 3733491
Whatsapp 012 3733491
Whatsapp 012 3733491

Love by Me,
NRAR

No comments:

Post a Comment