Friday, 30 August 2013

SELFIE by #arissaisabella

Assalamualaikum w.b.t

Tarikh : 30.8.2013
Hari : Jumaat

Entry terkejar-kejar sebab dapat message, Daddy cakap dia pick up lambat, da arr ari ni balik 4.45pm..jadi lambat jugak laaa nampaknyaaa...So kitew pendek kan je la cerita.. 

Sekarang memang tengah giler nak masuk semua entry.. dalam draft box bukan main banyak entry setengah jalan.. tapi nak publish ni dulu sebab teruja dengan gambor anak sendiri.... kahkahkah

what say you???

I'm not sure bila dia amik pix ni, tapi seingat kitew handphone tengah cas dalam bilik, #arissaisabella ada jerit sebab suruh bukak password then kitew tinggalkan jela dia.. macam biasa dia memang arif bab gadget. abis punah semua apps mommy dalam tu, lepas dia pakai jadi caca marba phone mommy!! Kau saja cari nahas dengan mommy kannnn... haii la budak!!!.... 

Keesokkan harinya di opis ku yang suram ni, saja la belek-belek album dalam phone, dok betol balik apps yang dah dia tunggang terbalik kan, pastu tengok banyak nauuuuu gambor si kenit ni.. yang kelakar mase memula pix kaki.... da ar kaki gemokkk...wiwiwiwiwwi

Then pandai pulak la kan nak pakai front camera dok jelir lidah bagai, haiyooooo, nasib ko budak.. kalau dewasa mau nak muntah orang tengok isabella oi... Gambor kat atas tu kitew da combine, pilih mane yang nampak waras laaa.. kang ade orang nak masuk minang dia tak jadik pulakk.... bahahahahhaa

** Okey bye... 'mana Daddy ni.....???... da siap 1 entry tau tak???

Love by Me,
NRAR


swimming with Arissa Isabella

Assalamulaikum w.b.t

Tarikh : 26.8.13

Hari : Isnin

oooohoiiiiii... hahahhaaa...cam tarzan da ghupeeenyaaa... tapi tu lagu m.daud kilau laaaa.. wiwiwiwiwi...


Entry kali ni ialah hari cuti ku lepas open house semalam (25.8.13).. ada open house eh?? baca entry sebelum ni eh... hehe..


Lepas da kemas rumah, Daddy #arissaisabella mop lantai, vacum bagai we oll just dok rileks depan tv, bergelimpangan anak beranak.. tetibe Daddy #arissaisabella cakap 'lama kita tak mandi swimming pool, daddy tido jap, petang sikit kite turun'... dalam beberapa saat Daddy #arissaisabella da tido...aptb... 


Yang si anak memang tak kan bagi peluang la kat mommy ni nak landing dengan senang lenang nya... ajak main, kejap bukak ipad, kejap tengok tv.. mane satu nak tengok pon tak tau.. sila lah jangan tamak wahai anak.. Mommy tau awak sorang boleh buat apa je, kang mommy bagi adik kang... bahahahhahahahahhaa.... 

Jengah kat luar balkoni macam nak hujan, dalam hati mintak mintak tak hujan sebab memang lama giler tak bawak #arissaisabella. sebenarnya da lama tak bawak bukan sebab apa, #arissaisabella ni kulit dia jenis sensetif, 2 - 3bulan lepas dia dapat gatal-gatal, so bila bawak pegi klinik, doc cakap kalau boleh jangan bagi dia mandi swimming pool lagi dalam sebulan 2 ni.. bagi gatal-gatal badan tu elok.. So bila da elok mommy daddy bawak la dia..

okey mommy daddy,  I'm ready... ;)

ohh my baby #arissaisabella, tau tak mommy terpaling suka gambor ni... nampak nauuu muka excited terlebeh!! hahahahaa...

amik mood dulu.. ceh tak boleh blahh... da ready dengan armbands, 1st time bagi pakai ni, pelampung kejap je pastu jangan harap.. mengamuk nak kelua..kau ingat mommy daddy life guard eh.. kalau mommy ni terror boleyyy ar... kahkahkah

okey, ni memula kat kolam budak kecik, nak jugak la dia.. sebab tak ramai.. nampak muka sonokk dia kann.. da ar gigi 2 batang...haiahhh

cam pandai sangat, daddy pon cam confident jer... hahahaha...

bila hari da semakin petang ramai la pulak budak-budak turun, so #arissaisabella ni cam rimas.. pe lagi mommy transfer la dia kat kolam orang besor.. haaaa tengok la dia, cam terror sangat nak swimming, orang tanya dia betol ke da boleh swim?? mommy daddy ajar tengok youtube je.. tapi #arissaisabella ni pandai ar, (sape lagi nak puji anak sendiri kalu bukan mommy dia.. hihi) dalam air kaki dia da macam duyung... hehe laju jer.. mommy suka..mommy suka... good job anak!!!

kaedah belajar vokal dalam air, tengok cikgu la kaki karaoke...bahahahahaha 

selagi tangan kaki tak biru memang tak la dia nak naik, ni pon mengamuk jugak la nak masuk pool tu balik...haishhhh...

Kalau ada masa terluang mommy daddy bawak #arissaisabella lagi yea anak.. ini cuti bermakna mommy walau penat open house semalam tak hilang lagi.. tapi bila tengok awak happy automatik hilang capek mommy.. Mommy loves u #arissaisabella. muaaahx


Love by Me,
NRAR


Wednesday, 28 August 2013

Aidilfitri Open House

Assalamualaikum w.b.t

Tarikh : 25.8.13
Hari : Ahad

Ahad lepas kitew buat open house kecil-kecilan kat teratak kecik kitew.. hehe.. Alhamdullilah ramai kawan-kawan yang datang. Nak dijadikan cerita menu utama hanyalah Soto, nasi impit kuah kacang jea, Minggu tu Parents in law datang pulak, so kalau ayahanda mertua datang mesti dia akan masak, 'MESTI' hokeyyyy.. so menu kita jadi la banyak...

Antara menu yang ada hari tu:
1) Soto Nasi
2) Soto Bihun
3) Mee Kari
4) Rendang Ayam
5) Rendang Daging
6) Kuah Kacang
7) Ketupat Palas (ni import dari Kuantan, hehe)
8) Bread Butter Pudding with Custard sauce
9) Dadih
10) Air anggur sayjeeeee...

MERIAHHH TAK??? ;p

Sad story is gambar makanan tak da, gambar kawan-kawan yang datang tak de jugak kecuali gambar ngan geng #Part Time LOVER ni... haishhhh... agak pelik jugak sebab kitew tak bergambor dan amik gambor... ini memang mustahil... Sadis betol laaaa... uwaaaaaaaa.....





Terima kasih pada kawan-kawan terdekat yang hadir. Mintak maaf zahir batin kalau tak terlayan. Akhir kata SELAMAT HARI RAYA la kita yea... hihi

Kalau ada open house korang-korang ajak lah kitew..bahahahhaahhahaaa

Opppsss, nak letak 1 lagi gambor, family kitew repeat pakai baju 1st raya masa open house ari tu...Royal Blue sangattttt.... Hihi... Jappp eh....



Taraaaaaaaaaaa.....
*mulut arissa penuh sebab makan nasi impit...wiwiwiwiwiwi


Love by ME,
NRAR

Anis & Nash Wedding

Assalamualaikum w.b.t

Tarikh : 17.8.2013

Hari : Sabtu

hai..hai.. sebenarnya entry ni da ada seminggu dalam draft, tunggu punya tunggu asyik la lupa nak publish..


Lagi 1 sebab gambor-gambor semua dalam phone so nak transfer ke ipad ni aduhai malas betoi.. hehe... Bila da ada blog ni benda tu la yang paling malas sekali nak transfer gambor. haihhh


Melalut apa kakak ni. Entry kali ni pasal Wedding BFF kitew masa sekolah, satu kelas masa form 5, duduk sebelah kitew je Anis ni, yang paling best kitew orang memang hardcore giler ngan PINK!!!!!! Ingat x wahai Anis?? ;p



Yang terpaling kanan tu kita la! Sebelah kita tu Anis, Shima and Wan Natasha..


Pix dengan pengantin pulakkk.. Hihi

Me with bride of the day,... Anis Fareeza Azman ;)

Yang ni with my schoolmate a.k.a BFF sampai mati.


Mommy-mommy dan aunty-aunty harus bergambor dulu sebelum menuju pulang..hahaaa. Ini adalah Aktiviti wajib...hehehehe ;p


** kepada Anis & Nash, semoga berbahagia hingga ke syurga, dapat anak yang soleh solehah dan sertiasa diberkati Allah s.w.t. aminnnn.. ;)



Love by Me,

NRAR


Friday, 23 August 2013

Ainy Mustafa E-Day!

 Cantik kan dia??....


Assalamuaikum w.b.t

Tarikh: 18.8.2013

Hari: Ahad

Hai, gambor sape tu???gambor sape??? haishhhh... memula dah ade gadis cantik... hakhakhak.... 


sesaje sblm kitew bobok nak update my pretty BFF sorang ni... SUDAH bertunang u ollll... Majlis next year.. Ok tetibe xsabau hakak... Mintak2 hakak tak mengandong...wahahahahhaa....


Siapa yang takde angkat tangan??? *Shila & Minah* 

Owh, ini memang situasi kebiasaan kami semua... Amik gambor sampai battery mampos... Saya sayam mereka... Peluk kuat-kuat dan sangat ketat... Muahx...



Love by Me,

NRAR

Thursday, 22 August 2013

Dewi Aleeya – Black

assalamualaikum w.b.t

Hakakkkk suka bangat lagu ni, Rock dan satu lagi mendayu-dayu...
hahahahaa..
Baru layan.... Nah la lirik...


Apabila jendela terbuka
Terbongkar segala rahsia
Betapa indah semua
Kewujudan yang tercipta
Senyummu Dewi Aleeya
Indah nan mempersona
Sanggup ku telan selaut bara
Ku tak menghiraukan
Apa tohmahan terhadap dirinya
Ku yakin percaya
Kerana ku tahu kau dewi hatiku
(korus)
Kau Dewi Aleeya
Tiada duanya
Hanya kau yang satu
Kau Dewi Aleeya
Dambakan selalu
Penyeri di istanaku

Love by Me,
NRAR



P.E.R.C.A.Y.A

assalamualaikum w.b.t

SEJAK SEMALAM,
SELEPAS PERISTIWA ITU,
KEPERCAYAAN JATUH,
PERGI JAUH,
NAK GAPAI TAPI RASA PERGI,
ADAKAH KAU AKAN DATANG LAGI....

SEJAK SEMALAM,
SELEPAS PERISTIWA ITU,
KETENANGAN TIADA,
HATI BIMBANG TAK SURUT,
JASAD BUKAN DI SITU,
BILAKAH DAPAT TENANG KEMBALI...

SEJAK SEMALAM,
SELEPAS PERISTIWA ITU,
MASA BERUBAH,
WAKTU TAK SEPERTI DULU,
TUTUR JADI BISU,
WAJAH TAK MACAM DULU.

AKU PERLU MASA
YA MASA
WALAU AKU TAU SEMUA MANUSIA ADA SILAP
TAPI INI HANYA PELUANG KE DUA
DAN HARAP YANG TERAKHIR
KERNA KAU TAU
AKU AMAT CINTA KAU SEUMUR HIDUPKU
DAN
HANYA KAU!

Love by Me,
NRAR

Tuesday, 20 August 2013

DELETE

assalamualaikum w.b.t

ini adalah blog terbaru saya, yg lama mana?? 

jawapan nya sudah di delete dengan bangganya..  

kenapa?? 

mungkin ada isi, bahan cerita yang tak sesuai lg utk dipaparkan, atau mungkin jua faktor usia.. hahahaha

kenapa nak buat blog??

sebab utama saja, kalau free boleh tulis apa yang nak ditulis, luah apa yang nak diluah, dan merepek apa yang nak di kerepekkan...kahkahkah.. satu lagi nak advance kan lagi skill menaip kat keyboard ni haaa...boleyyy?? ahakss  ;P

harapan??

tak harap pun orang follow, tp kalau ada yang follow Jutaan Terima Kasih... ;)


Love by Me,
NRAR